Monday, September 15, 2008

Pak Menteriku

Pak Menteri

Sibuk sungguh nak jumpa Pak Menteri. Pak Menteri yang dipilih rakyat. Hari ini 15hb Sept 2008, berjumpa denganPak Menteri. Raut, susur galur diwajahnya jelas membayangkan keletihan yang amat ketara. Ada yang tersenyum gembira pabila lewat pintu keluar, ada yang tersenyum bersalut kekalutan di wajahnya.

Gadis manis, manja yang menyambut dan menghantar pulang setiap langkah yang datang dan pergi dengan pandangan bersahaja , melontar seribu makna.

Aku yang kecewa lewati pintu agam bangunan tersergam, menyimpan harapan yang tidak berpenghujung.

Lelamanja0204 September 2008-09-15

Friday, September 12, 2008

Bila Aku Nak Kaya

Bila La Aku Nak Kaya.

Suatu detik aku pernah terdengar seorang nenek tua berkata, “Semua aku telah rasa kecuali kaya dan mati” Ehh..... macam biasa dengar je. Kat mana aku dengar ya. Betul ke selepas kita merasa jadi kaya memang kita puas setelah kaya. Apa kaya itu? Ada kereta 3 atau 4 buah? Aku telah merasa tapi aku tak rasa aku dah kaya. Nak kapalterbang setiap minggu? Aku dah rasa tapi aku tak rasa aku dah kaya. Duduk rumah besar ada pembantu ada pemandu. Ada duit berkepuk dalam bank? Setiap minggu bank mengejar meminta bayaran. Ada perempuan cantik mengelilingi pinggang. Semuanuya aku dah rasa. Tapi aku belum kaya. Kenapa ya.....

Adakah aku telah mati sebelum mati?

Lelamanja0204- 1.03am September 2008-09-13

Puasa Sebelum Diri Merdeka

Puasa jadi indah sebab nak raya lepas tu. Puasa jadi indah sebab nak dapat baju baru, kasut baru, dan duit dalam saku penuh sebab puasa penuh kata diri. Puasa jadi indah sebab ada malam 7 likur main meriam buluh. Puasa jadi indah sebab ada takbir setiap malam sembahyang Tarawikh. Puasa jadi indah sebab mengusik anak gadis kecil balik dari Tarawikh. Puasa jadi indah bila berebut makan moreh. Puasa jadi indah bila seminggu nak raya mengacau dodol, mengacau nenek buat baulu. Puasa jadi indah bila mengacau pak cik makcik masak sup, bakar lemang. Puasa jadi paling indah apabila melihat anak bulan Shawal, pakai baju melayu baru, kasut baru, bergambar kenang-kenangan. Pagi Shawal mandi sungai dan sayup sayu kedengaran takbir Allah hu Akbar Allah hu Akbar Allah hu Akbar.....................................dan kini segalanya sepi. Andai aku mampu memutar kembali masa, akan ku putar kembali dan membiarkan ia tidak berganjak walau untuk satu detik,

Lelamanja0204 . 12.50am September 2008-09-13

Kawan

Adakah Kau Yang Bernama Kawan.

Sahabat dan Kawan, dua perkataan yang berbeza mempunyai huruf yang tidak sama. Dikala aku tersungkur, aku terpenjara adakah kau yang bernama Sahabat bersama atau kau yang bernama Kawan mengiringi merencah perjalanan suka duka ini?

Memang payah untuk kita memberi pengiktirafan nama Sahabat dan Kawan di dalam meniti perjuangan ini. Renunglah ke dalam, pasti berjumpa, Renunglah ke luar pasti kecewa.

Salam Perjuangan.- Lelamanja 0204

Aku Ke Mana

Masa ke masa berganti masa. Tanpa ilmu hidup binasa. Itu lagu nasyid.

Ke manakah aku selepas ini…yang memisahkan cuma masa. Masa lah yang penentu semua ini terjadi. Berapa juta makhluk di dunia ini yang boleh mengingati bila masa kita semua di Alam Rahim? Bagaimana kita semua berentap untuk keluar dan mendukung suatu amanah, satu janji di muka bumi ini. Siapa yang boleh tampil ke hadapan mengimbas cerita perjalanan, derita, seksa dan duka untuk melalui saat untuk terciptanya mereka di mukabumi, alam maya ini.

Siapa pula yang berani membicarakan mendabik dada, akulah yang paling hebat mencipta kerakusan, merompak segala yang bukan miliku cuma berpandukan nafsu, tanpa ilmu dan akal. Dan akulah yang melalui semua kesusahan, penderitaan, kesengsaraan, kepayahan, suka duka dan aku tahu sebab aku boleh berfikir dan ada akal.

Masa juga yang menentukan kemana akan perginya akal aku selepas ini, akan adakah nafsu, akan bolehkah ku cipta syurgaku akan bolehkah aku lari dari neraka ku.

Ke mana aku selepas ini? – Lelamanja 0204

Kunang Kunang

Kunang Kunang
Dalam Gelap Aku Terbang
Dalam Gelap Aku Terang
Dan Jadilah Engkau Senja
Kerana Gelap Aku Ada
Kerana Gelap Aku Indah

Aku Hanyalah Kunang Kunang
Dan Kau Hanyalah Senja
Dalam Gelap Kita Berbagi
Dalam Gelap Kita Abadi