Masa ke masa berganti masa. Tanpa ilmu hidup binasa. Itu lagu nasyid.
Ke manakah aku selepas ini…yang memisahkan cuma masa. Masa lah yang penentu semua ini terjadi. Berapa juta makhluk di dunia ini yang boleh mengingati bila masa kita semua di Alam Rahim? Bagaimana kita semua berentap untuk keluar dan mendukung suatu amanah, satu janji di muka bumi ini. Siapa yang boleh tampil ke hadapan mengimbas cerita perjalanan, derita, seksa dan duka untuk melalui saat untuk terciptanya mereka di mukabumi, alam maya ini.
Siapa pula yang berani membicarakan mendabik dada, akulah yang paling hebat mencipta kerakusan, merompak segala yang bukan miliku cuma berpandukan nafsu, tanpa ilmu dan akal. Dan akulah yang melalui semua kesusahan, penderitaan, kesengsaraan, kepayahan, suka duka dan aku tahu sebab aku boleh berfikir dan ada akal.
Masa juga yang menentukan kemana akan perginya akal aku selepas ini, akan adakah nafsu, akan bolehkah ku cipta syurgaku akan bolehkah aku lari dari neraka ku.
Ke mana aku selepas ini? – Lelamanja 0204